Setelah seharian di luar, pembersihan muka adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit yang amat penting agar wajah anda kekal berseri. Meskipun ramai yang hanya menggunakan satu produk untuk membersihkan wajah, teknik double cleansing adalah rahsia untuk menanggalkan kotoran dan juga solekan kalis air dengan berkesan. Micellar water adalah antara produk yang wajib dalam rutin setiap para wanita kerana rumusan serba bolehnya yang memberi pelbagai kebaikan serta boleh digunakan tanpa perlu dibilas.

Menurut Dr. Mona Gohara dalam temu bual dengan Real Simple, beliau mengatakan bahawa perbezaan antara micellar water dengan pembersih muka adalah micellar water membantu menyingkirkan solekan, minyak dan kotoran manakala pembersih yang tidak dirumus dengan sabun pula membersihkan kotoran halus yang tersembunyi jauh di dalam liang-liang pori. Jom tengok senarai produk micellar water terbaik pilihan kami.

Apakah Sebenarnya Micellar Water dan Fungsinya?

Photo by Sora Shimazaki on Pexels

Micellar water adalah produk pembersih kulit yang direka untuk menyingkirkan kotoran, lebihan minyak dan juga solekan dengan mudah tanpa perlu dibilas. Secara umumnya, micellar water mengandungi kombinasi ramuan bahan surfaktan, gliserin dan air yang telah dipurifikasi. Molekul di dalam surfaktan ini berfungsi dengan “mengikat” antara satu sama lain untuk menghasilkan micelles yang membantu menarik minyak dan kotoran untuk pembersihan optimum. Selain itu produk ini juga cukup serba boleh dengan fungsinya yang turut membantu mengekalkan kelembapan dan menyediakan kulit untuk langkah penjagaan seterusnya. 

Apakah Kebaikkan Menggunakan Micellar Water?

Antara kebaikan menggunakan produk micellar water adalah seperti berikut:

  • Membantu kulit kekal terhidrat dengan kandungan bahan pelembapnya seperti gliserin
  • Membersihkan lebihan minyak dan kotoran pada kulit secara mendalam
  • Kulit tampak lembut
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif kerana produk ini tidak mengandungi alkohol 
  • Menawarkan pelbagai kegunaan sebagai pembersih solekan, pencuci dan juga toner

Senarai Micellar Water Terbaik Di Malaysia 2024

1. Bioderma H2O Micellar Water

Sebut sahaja Bioderma H2O Micellar Water, pasti ramai yang mengetahui tentang keberkesanan produk ini. Diketahui sebagai antara produk micellar terbaik pilihan ramai termasuk selebriti Hollywood seperti Selena Gomez , ia diperbuat untuk membersihkan kulit daripada solekan, minyak dan kotoran akibat pencemaran. Teknologi micellarnya pula diinspirasikan daripada selular lipid yang terdapat dalam kulit untuk melindungi lapisan pertahanan. Produk ini berkesan membersihkan kulit wajah dan juga mata tanpa menyebabkan sebarang iritasi, membuatkannya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

Kelebihan:

  • Melegakan kerengsaan kulit
  • Mempunyai nilai pH seimbang iaitu 5.5
  • Tidak dirumus dengan pewangi

Kekurangan:

  • Cecair produk ini keluar secara berlebihan apabila dituang ke atas kapas

Harga: RM119.70

Terdapat di: Watsons

2. Garnier Micellar Water Salicylic BHA

Jika anda mencari produk micellar water terbaik yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat, kami cadangkan anda menggunakan Garnier Micellar Water Salicylic BHA. Produk ini bukan sahaja berkesan membersihkan solekan dan kotoran malahan ia terbukti mengurangkan lebihan minyak. Diperkaya dengan asid salisilik untuk membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengurangkan pembentukan jerawat. Manakala, vitamin C pula membantu menyerikan kulit kusam dan memudarkan jeragat. 

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan pada kulit wajah, mata dan bibir
  • Mengurangkan pembentukan jerawat
  • Bungkusan botol yang diperbuat daripada bahan yang dikitar semula

Kekurangan:

  • Mempunyai BHA yang mungkin boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif

Harga: RM16.90

Terdapat di: laman website Garnier

3. Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water 

Pore Refining Micellar Cleansing Water dari jenama terkemuka Jepun yang popular,  Hada Labo sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan pori tersumbat. Pengalaman penulis menggunakannya cukup menakjubkan dari segi melarutkan solekan kalis air terutamanya maskara dan kotoran kerana ia menampilkan formula pembersihan dua lapisan. Selain itu, ia turut menyingkirkan sel-sel kulit mati, dan membersihkan liang pori secara mendalam dengan enzim bergandanya. Setiap kali penggunaan, kulit saya terasa lembut dan juga lembap. 

Kelebihan:

  • Membersihkan liang pori yang tersumbat
  • Tidak menyebabkan kulit terasa kering
  • Sesuai untuk solekan kalis air

Kekurangan:

  • Saiz botol yang agak besar

Harga: RM49.90 

Terdapat di: Watsons

4.  INNISFREE Green Tea Hydrating Amino Acid Cleansing Water

Untuk peminat K-beauty, INNISFREE Green Tea Hydrating Amino Acid Cleansing Water adalah antara produk dari rangkaiannya yang anda perlu cuba. Dengan formulasi pH rendahnya, micellar water ini dikuasakan dengan ekstrak air teh hijau and kompleks asid amino yang membersihkan solekan dan kotoran. Berbeza dengan produk sejenisnya, ia memastikan kulit anda kekal terhidrat sambil mengimbangi kelembapan, mengelakkan kulit terasa kering selepas dibersihkan. 

Kelebihan:

  • Mengimbangi kelembapan
  • Tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit
  • Sesuai untuk kulit kering, berminyak dan kusam

Kekurangan:

  • Rekaan bungkusan yang membuatkan sukar untuk anda mengetahui jumlah produk yang tinggal

Harga: RM68.00

Terdapat di: Sephora

5. Dermalogica Micellar Prebiotic Precleanse

Dermalogica Micellar Prebiotic Precleanse mempunyai tekstur bersusu yang berkesan membersihkan kotoran dan menanggalkan  solekan. Produk ini dikuasakan dengan susu oat, dan mentega murumuru untuk membersihkan kulit secara efektif. Manakala, prebiotik pula mengimbangi mikrobiom kulit dan meningkatkan kelembapan kulit. Produk ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering dan juga sensitif kerana ia membantu menguatkan lapisan pertahanan kulit.

Kelebihan:

  • Mengimbangi mikrobiom kulit 
  • Tekstur yang bersusu
  • Sesuai untuk kulit kering dan juga sensitif

Kekurangan:

Harga: RM229.00

Terdapat di: Sephora

6. Simple Kind to Skin Micellar Cleansing Water 

Anda tidak semestinya perlu berbelanja berlebihan hanya untuk mendapatkan produk micellar terbaik. Simple Kind to Skin Micellar Cleansing Water yang mudah didapati di kedai farmasi menampilkan formulasi yang setaraf dengan produk yang mahal. Diperkaya dengan vitamin B3, vitamin C dan triple purified water, ia membantu membersihkan kotoran dan solekan sambil meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 90%. Produk ini juga tidak mengandungi bahan-bahan yang merengsakan kulit seperti minyak wangi tiruan, pewarna dan bahan kimia, membuatkannya sesuai untuk semua jenis kulit.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Bungkusan botol diperbuat menggunakan plastik yang dikitar semula
  • Tidak komedogenik
  • Terdapat dalam dua pilihan saiz

Kekurangan:

  • Rumusannya berbeza dengan produk sebelum ini 

Harga: RM38.30

Terdapat di: Guardian

7. Caudalie Vinoclean Micellar Cleansing Water

Dengan kandungan ramuan 98% bahan semula jadi, Caudalie Vinoclean Micellar Cleansing Water menawarkan rumusan yang lembut pada kulit namun pembersihan yang efektif dalam sekali pengunaan. Produk ini mengandungi ekstrak air anggur organik yang melembapkan dan melegakan iritasi. Ramai juga menyatakan bahawa ia tidak menyebabkan ketidakselesaan apabila digunakan untuk membersihkan solekan mata. 

Kelebihan:

  • 98% bahan semula jadi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit dari normal, kombinasi dan sensitif
  • Tidak menyebabkan ketidakselesaan apabila digunakan pada bahagian mata

Kekurangan:

  • Wangiannya agak sedikit kuat

Harga: RM105.00

Terdapat di: Sephora

8. Dr. Andrew Weil For Origins™ Mega-Mushroom Skin Relief Micellar Cleanser

Senarai produk micellar water terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa Dr. Andrew Weil For Origins™ Mega-Mushroom Skin Relief Micellar Cleanser yang berkesan ini menanggalkan kotoran dan solekan. Dirumus dengan campuran cendawan mega and beri yang ditapai, formulasinya membantu membersihkan kulit secara mendalam serta menguatkan sistem pertahanan kulit daripada kerosakan akibat pencemaran. Ramai yang mengatakan bahawa kulit mereka terasa lembut dan kekal lembap setelah menggunakannya.

Kelebihan:

  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Tidak merengsakan kulit
  • Aroma yang menyenangkan

Kekurangan:

Harga: RM180.00

Terdapat di: Lazada

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.

Explore More

7 Suplemen Kulit Terbaik untuk Dapatkan Kulit Wajah Idaman Anda!

7 Suplemen Kulit Terbaik untuk Dapatkan Kulit Wajah Idaman Anda!
03/25/2024 0 Comments 0 tags

Selain rutin penjagaan kulit wajah yang komprehensif, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapatkan wajah yang tampak berseri. Untuk mereka yang memerlukan nutrien tambahan, suplemen kulit juga memastikan

10 Best Skincare Products for Dull Skin That’ll Give You a Serious Glow Up

10 Best Skincare Products for Dull Skin That’ll Give You a Serious Glow Up
03/19/2024 0 Comments 0 tags

Annoyed by your dull and tired-looking skin? Lacklustre or dull complexion is a prevalent skin issue that many experience. Regardless of the contributing factors, whether it’s ageing, environmental aggressors, or

Gucci Beauty Makes Up The House’s Stunning Fall/Winter 2024 Collection at Milan Fashion Week

Gucci Beauty Makes Up The House’s Stunning Fall/Winter 2024 Collection at Milan Fashion Week
04/01/2024 0 Comments 0 tags

Gucci, the iconic style house identified for its avant-garde styles and craze-placing aesthetics, just lately wowed audiences at Milan Fashion Week with its Drop/Winter season 2024 women’s collection. Underneath the