Bulu mata yang tampak melentik bukan sahaja mampu memberikan menyerlahkan mata anda, malahan seluruh wajah juga. Oleh itu, tidak hairanlah penggunaan maskara adalah antara langkah yang wajib dalam rutin solekan setiap wanita. Namun dengan lambakan maskara di pasaran yang menawarkan formulasi, dan rekaan bentuk berus yang berbeza, pemilihan produk yang sesuai dengan anda amatlah penting. Menurut Dr. Inna Lazar dalam temu bualnya bersama Cosmopolitan, beliau mengatakan bahawa maskara tubing adalah sesuai jika anda ingin memastikan bulu mata anda kelihatan lebat dan panjang untuk jangka masa lama dari pagi hingga malam. Jika anda berasa kurang pasti akan produk maskara yang sesuai, usah risau kerana kami telah menyenaraikan maskara terbaik yang pasti membuatkan mata anda tampak menawan.

Bagaimanakah Cara Memilih Maskara Yang Terbaik Untuk Anda?

Photo by Laura Garcia on Pexels

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu menitikberatkan untuk memastikan maskara tersebut mempunyai ciri-ciri yang anda inginkan. Antaranya adalah:

Kebaikan:

  • Pemilihan maskara haruslah berdasarkan keadaan bulu mata anda, jika anda mempunyai bulu mata yang tidak melentik, anda boleh memilih maskara tubing untuk kemasan yang tampak lebat dan panjang. Manakala, mereka yang mempunyai bulu mata melentik dan panjang, boleh mempertimbangkan untuk menggunakan maskara yang menawarkan kelebatan maksimum.

Formulasi:

  • Utamakan maskara yang mengandungi bahan-bahan penting untuk kesihatan bulu mata. Selain itu, pastikan anda memilih maskara yang mempunyai tekstur yang ringan dan formulasi yang kering, kerana maskara yang mempunyai rumusan basah selalunya membuatkan bulu mata tampak berat dan tidak lentik.

Rekaan Berus:

  • Seperti formulasi, rekaan berus sesuatu maskara juga memainkan peranan penting kerana ia memastikan kesan akhir yang terhasil. Jika anda inginkan kesan dramatik, kami sarankan anda memilih bulu berus maskara yang besar. Manakala, mereka yang mempunyai bulu mata yang pendek dan halus, utamakan berus maskara yang dilengkapi dengan bulu yang nipis dan panjang untuk meliputi setiap helaian bulu mata.

Senarai Maskara Terbaik di Malaysia 2024

1. Too Faced Better Than Sex Mascara

Sebut sahaja maskara terbaik di pasaran, pasti anda akan nampak Too Faced Better Than Sex Mascara tersenarai. Kami amat menyukai produk ini kerana ia cukup berbeza dari maskara lain dari segi kesan dramatik yang diberikannya dalam satu sapuan. Rekaan bentuk berusnya yang seakan jam pasir membantu untuk menyalut setiap helaian bulu mata dengan ramuan penting seperti ekstrak Acacia Senegal dan juga peptida. Hasil penggunaan maskara ini amat menakjubkan, kami dapati bulu mata tampak lentik dengan kesan kepanjangan, dan kelebatan yang maksimum. Namun formulasinya sedikit basah, oleh itu ia membuatkan proses aplikas sedikit sukar dan juga agak comot. Kami cadangkan anda menggunakan tisu untuk menyerap lebihan produk pada berusnya sebelum menggunakannya.

Kelebihan:

  • Mudah untuk dibersihkan
  • Kemasan dramatik
  • Meliputi setiap helaian bulu mata

Kekurangan:

  • Tidak kalis air

Harga: RM149.12

Terdapat di: Revolve

2. L’Oréal Paris Voluminous Panorama Waterproof Mascara

Untuk mereka yang menyukai produk drugstore, L’Oréal Paris Voluminous Panorama Waterproof Mascara adalah sesuai untuk anda. Dikuasakan dengan kompleks 5% StretchFlex, rumusan teknologi ini membantu meregangkan dan memanjangkan setiap helaian bulu mata. Berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, berusnya menampilkan rekaan yang berperingkat. Oleh itu, ia amat efektif dalam melentikkan bulu mata dengan kemasan yang semula jadi. Kami juga amat menyukai kerana maskara terbaik ini tahan sehingga 24 jam tanpa kesan comot, dan juga ketulan.

Kelebihan:

  • Diuji oleh pakar oftalmologi
  • Kesan dramatik yang tahan lama
  • Harga mampu milik

Kekurangan:

  • Perlu mengambil masa untuk membersihkannya

Harga: RM72.00

Terdapat di:  Watsons

3. Maybelline Lash Sensational Sky High Waterproof Mascara

Senarai maskara terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa Maybelline Sky High Mascara yang menjadi kegemaran ramai para wanita. Dilengkapi dengan berus maskara Flex Tower, kami dapati ia mempunyai ciri fleksibel yang boleh dilentur untuk meliputi bulu mata dari akar hingga ke hujung. Selama kami menggunakannya, formulasi kalis airnya juga membantu agar maskara ini tahan lama serta mengelakkan kesan comot tanpa risiko smudge atau flaking meskipun dalam cuaca yang panas serta lembap seperti di Malaysia. Jika anda mempunyai mata sensitif atau memakai kanta sentuh, anda tak perlu risau kerana maskara keluaran Maybelline ini sesuai untuk anda.

Kelebihan:

  • Kalis air
  • Rekaan berus yang boleh dilentur
  • Sesuai untuk mata yang sensitif

Kekurangan:

  • Agak sukar untuk dibersihkan

Harga: RM63.90

Terdapat di: Watsons

4. Benefit Cosmetics BADgal Bang! Mascara

BADgal Bang! Mascara dari jenama terkemuka Benefit Cosmetics adalah rahsia untuk mendapatkan bulu mata yang lebat dan lentik. Kami amat menyukai maskara ini kerana ia menyerlahkan bulu mata kami agar kelihatan lebat, dan panjang secara dramatik. Yang paling best, ia juga tahan lama sehingga 36 jam tanpa anda perlu risau akan kesan flaking pada bulu mata anda. Namun kami cadangkan agar anda menggunakan primer bulu mata terlebih dahulu kerana ramai pengguna mengatakan bahawa ia tidak tahan begitu lama dan mudah comot. Jika anda inginkan kelainan, produk ini turut ditawarkan dalam warna biru.

Kelebihan:

  • Melentikkan bulu mata secara dramatik
  • Ditawarkan dalam dua warna
  • Meliputi dari akar hingga ke hujung bulu mata

Kekurangan:

  • Mudah comot

Harga: RM152.00

Terdapat di: Sephora

5. KVD Beauty Full Sleeve Long + Defined Tubing Mascara

Diinspirasikan dari tatu, KVD Beauty Full Sleeve Long + Defined Tubing Mascara merevolusikan dunia kecantikan dengan rumusan teknologinya yang memberikan definisi, dan kesan kelebatan yang dramatik yang tahan sehingga 24 jam. Secara peribadi, kami amat menyukai maskara ini kerana ia tahan begitu lama, manakala rekaan berusnya membuatkan aplikasi penggunaannya mudah. Berbeza dengan maskara lain, ia juga mudah untuk ditanggalkan dengan air suam tanpa menyebabkan iritasi pada mata kami. 

Kelebihan:

  • Formulasi yang tahan lama
  • Ditawarkan dalam dua saiz berbeza
  • Tidak mudah comot

Kekurangan:

  • Terdapat penggunaan mengatakan bahawa meskipun ia tahan lama, terdapat kesan flaking dan clumping 

Harga: dari RM84.00

Terdapat di: Sephora

6. MAC Cosmetics M·A·CStack Waterproof Mascara

Untuk mereka yang sedang mencari maskara terbaik yang kali air, kami cadangkan anda mencuba M·A·CStack Waterproof Mascara. Produk ini adalah antara maskara kegemaran kami kerana ia menawarkan rumusan yang boleh dibina tanpa masalah gumpalan pada bulu mata. Dengan Teknologi Drench-Defense,  ia memastikan setiap helaian bulu mata diliputi agar kekal kalis air dalam masa yang lama. Kami juga amat menyukai rekaan bulu berusnya yang memisahkan bulu mata sambil melebatkannya dengan berkesan.

Kelebihan:

  • Kalis air
  • Rumusan yang boleh dibina
  • Mudah untuk dibersihkan 

Kekurangan:

  • Bulu berusnya agak sedikit tajam

Harga: RM175.00

Terdapat di: laman website MAC Cosmetics

7. Huda Beauty 1 Coat Wow! Extra Volumizing And Lifting Mascara

Huda Beauty 1 Coat Wow! Extra Volumizing And Lifting Mascara menawarkan ciri-ciri idaman yang kami inginkan dalam maskara terbaik. Dengan sekali penggunaan, bulu mata kami tampak lebih lebat dan lentik dalam hanya beberapa saat. Jika anda lebih dengan lebih teliti, anda akan dapati berusnya mempunyai kombinasi dwi-bentuk bulu pendek dan panjang untuk memisahkan serta memanjangkan helaian bulu mata. Maskara ini menjadi pilihan kami kerana ia mempunyai rumusan yang ringan namun kesan dramatik pada bulu mata.

Kelebihan:

  • Ditawarkan dalam dua saiz berbeza
  • Ringan
  • Memanjangkan bulu mata

Kekurangan:

  • Terdapat beberapa pengguna mengatakan bahawa ia comot dan bergumpal

Harga: dari RM71.00

Terdapat di: Sephora

8. Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara

Dengan rating yang tinggi, Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara merupakan pilihan ramai dengan rumusannya yang membantu melentikkan, melebatkan dan memanjangkan bulu mata. Berdasarkan pengalaman kami menggunakan maskara ini ia cukup ringan serta rumusannya boleh dibina tanpa kesan gumpalan. Oleh itu, kami dapati ia amat sesuai jika anda inginkan kesan dramatik dengan beberapa kali lapisan maskara. Selain itu, berusnya turut direka untuk pelbagai jenis bulu mata untuk kesan optimum seperti jarang, halus dan tebal.

Kelebihan:

  • Rekaan berus untuk pelbagai jenis bulu mata seperti halus, jarang dan tebal
  • Dua saiz berbeza
  • Tiga fungsi utama iaitu melentikkan, melebatkan dan memanjangkan bulu mata

Kekurangan:

  • Teksturnya agak sedikit tebal

Harga: dari RM55.00

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.

The post 8 Maskara Terbaik Pilihan Kami Untuk Dapatkan Bulu Mata Lentik dan Lebat appeared first on Beauty Insider.

Explore More

Slimming Pills? Do They Work & Here Are Some Recommendations!

Slimming Pills? Do They Work & Here Are Some Recommendations!
04/05/2024 0 Comments 0 tags

Are you having trouble losing weight despite vigorous exercise and fad diets you’ve tried for a while? Sometimes, diets and exercise just don’t cut it. If you want to lose

马来西亚最热门的6款IPL脱毛仪推荐:在家不出门也能轻松实现0毛发啦!

马来西亚最热门的6款IPL脱毛仪推荐:在家不出门也能轻松实现0毛发啦!
07/13/2024 0 Comments 0 tags

在现代社会,美容护理已经成为很多人生活中的一部分。尤其是在炎热的马来西亚,夏天不管是海滩还是城市,都想要展现最自信的一面。因此对很多女生来说,脱毛就是日常必备的一环!过去,要想拥有光滑肌肤得去美容院花大价钱受罪,现在科技发展得这么快,家用IPL脱毛仪就越来越受欢迎了。不仅方便省事,还能在家轻松搞定脱毛。今天,小编就给大家介绍马来西亚市场上最火的6款IPL脱毛仪,不用再跑美容院,也不用担心疼痛,现在就让我们一起来看看怎么在家DIY脱毛,实现0毛发吧! 什么是IPL脱毛仪? IPL脱毛仪是一种使用强脉冲光(Intense Pulsed Light,简称IPL)技术的设备,用于长期减少身体上不想要的毛发。这种技术类似于激光脱毛,但光的波长更广,能够同时处理更大面积的皮肤。使用时,IPL脱毛仪会释放一系列光脉冲,这些光脉冲被皮肤中的色素吸收,最终导致毛囊受损,使毛发减少甚至停止生长。 相比传统脱毛方式,如剃刀或蜜蜡,IPL脱毛仪能够更长时间地减少毛发的生长,让皮肤保持更长时间的光滑。使用者通常需要进行多次治疗才能达到理想的效果,但由于在家使用的便利性,越来越多的人选择IPL脱毛仪来进行个人美容护理。 IPL脱毛仪有什么好处? 长期效果: 使用IPL脱毛仪可以减少毛发的生长,有助于长期保持皮肤的光滑。 方便性: 可在家中使用,节省了去美容院的时间和费用,适合忙碌的现代生活方式。 舒适度: 相比传统脱毛方法,如剃刀或蜜蜡,IPL脱毛通常更为舒适,减少了皮肤刺激和不适感。 适用范围广: IPL脱毛仪可以处理较大面积的皮肤,如腿部、背部等,同时也可以用于更敏感的区域,如脸部或比基尼线周围。 效果可控: 大多数IPL脱毛仪具有多个能量设置和不同的治疗头部,使用户能够根据个人需要调整治疗的强度和区域。 IPL脱毛仪的使用方法? 剃毛: 使用脱毛仪前确保皮肤干净、干燥,最好在脱毛前先剃掉需要处理的毛发。 连接电源: 将设备连接适配器,确保设备有足够的电源支持。 开启设备: 按下设备侧面的开关按钮,启动脱毛仪器。 选择适当的能量级别: 根据你的皮肤类型和毛发颜色,选择合适的能量级别。一般建议从低等级开始,逐渐增加到你感觉舒适的水平。 佩戴护目镜: 使用设备时,务必佩戴提供的护目镜,保护眼睛免受光脉冲的影响。 进行IPL脱毛: 将脱毛仪的光输出头部轻轻贴近皮肤,并确保光能均匀覆盖要处理的区域。按下发射按钮释放光脉冲。

Keep Your Smile Bright and Put #GumHealthFirst with Systema

Keep Your Smile Bright and Put #GumHealthFirst with Systema
05/14/2024 0 Comments 0 tags

Systema, a renowned oral care brand from Japan, has launched its #GumHealthFirst campaign, emphasising the significance of gum health as the cornerstone of oral health.  The collaboration with the Malaysia